Friday, January 23, 2009

Bicara Hati

Terlalu cepat masa beredar meninggalkan diriku dan semua insan disekelilingku. Tak terasa sudah hampir ke penghujung Januari 2009. Entah kenapa terasa ingin membina sebuah lagi blog yang entah berapa lama akan bertahan. Mungkin sudah menjadi sifatku yang cepat jemu dengan sesuatu perkara.

Saat bertukar minit, minit bertukar jam, jam berubah hari, hari menjadi minggu, minggu menjadi bulan, bulan berubah menjadi tahun. Usiaku juga meningkat seiring masa. Anehnya, aku masih terasa seperti dulu, sepertinya masa tak mengubah apa2 dalam hidupku. Aah...anehnya perasaan ini sedangkan aku pasti masa sebenarnya telah banyak mengubah hidupku sebagai seorang insan, anak dan wanita.

Sebagai hamba Mu, Yaa Allah, aku terlalu bersyukur. Bersyukur dengan segala rahmat dan kasih yang Engkau beri pada umatmu ini. Aku bahagia sepanjang perjalanan hidupku dibumi Mu. Walau apa pun dugaan Mu. Aku yakin Kau memberinya kerana kasih Mu pada ku. Aku tak pernah kesal dengan apa2 dugaan Mu. Kesal yang wujud hanya kerana tindakan ku sendiri. Kesal dengan perbuatan dan kesilapanku sendiri pada Mu, Yaa Allah.

Sedih?...Tipulah aku kalau aku katakan aku tidak pernah bersedih sepanjang hidupku, tapi sekali lagi aku bersyukur kerana Engkau mengurniakan padaku insan2 yang terlalu istimewa dalam hidupku. Insan2 yang sentiasa berdiri teguh disisiku andai ada sedih dihati, andai ada air mata yang mengalir di pipi. Insan2 yang tak pernah jemu mengasihiku dengan segala kelemahan dan kekuranganku. Juga insan yang sentiasa menyediakan bahunya tak kala hanya pada dia yang mampu ku luahkan untuk melepaskan segala yang terpendam.

Sedar tak sedar, 2 hari lagi usia perkahwinanku menjejak 11 tahun. Sudah lama rupanya kami mendirikan mahligai indah. Rasa seperti baru semalam aku sebak bila abah berbicara dengan ku untuk menjadi wali pernikahanku. Rasanya juga seperti baru semalam aku menitiskan air mata menerima pelukan kasih seorang ibu yang melepaskan satu2nya anak gadis dalam keluarga untuk bersama insan yang bergelar suami. Akukah anak yang manja? Entahlah, aku tak ada jawapan untuk persoalan yang ku rungkai sendiri.

Tiba-tiba hatiku berbicara. Menanti detik 25 Januari 2009. Semoga perjalanan yang ku lalui sentiasa meniti bahagia. Amin.

5 comments:

  1. ada blog baru rupa nyer..

    happy anniversary.. semoga sentiasa berbahagia di sisi suami tercinta dan anak tersayang.. amein.

    ReplyDelete
  2. mekasih rhea...

    cepatnya sampai...hehehe...
    adik yang perihatin... :)

    ReplyDelete
  3. blog yang ni.. bila plak nak update eh? hehe..

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Ibu khas buat Kak As..

    ReplyDelete
  5. 2-2 rumah pun ditinggalkan tanpa penghuni.. sedehnya..

    ReplyDelete